Friday 20 April 2012

Jumaat =.="

'Kenapa dengan mereka nie, xtau masuk dlm masjid ke? Dh pukul 1.10 dh" bisik hatiku... Oopsss, lpe lak, Assalamualikum....
Itu adalah sedutan bisikan hatiku ketika ingin masuk ke dalam masjid.... Inilah remaja zaman sekarang yang sentiasa lupa akan kelebihan dan keistimewaan hari Jumaat yang dikatakan sebagai penghulu segala hari... 
Berdasarkan Surah Al-Jumaah Ayat 9-11 antara perintah Allah kepada kita(lelaki terutamanya) pada Hari Jumaat antaranya ialah:
~Menunaikan solat Jumaat
~Menjauhi perkara yang sia-sia
~Melaungkan azan sebelum solat
~Berzikir mengingati Allah SWT
~Berusaha mencari rezeki kurniaan Allah SWT
~Meninggalkan urusan perniagaan pada waktu solat
~Mengutamakan urusan agama drpd urusan duniawi


Ok, terus kepada apa yang saya ingin sampaikan, kita dapat lihat sekarang ketika khatib sdg memberi khutubah, ada antara remaja yang sedang melepak dibawah pokok, berbuat bising, berjalan2x sini sana tanpa arah tuju yang tetap dan sebagainya. Jika hendak dibandingkan ketika zaman Rasullah SAW, ade ke remaja yang seperti ini??? Ingatlah wahai rakan2x ku kita sekarang berada di pengakhiran zaman yakni zaman dimana Al-Masih Dajjal akn datang dan ketika itulah iman umat Islam akan diuji dengan sebenar-benar ujian..Ok, setakat ini jelah kalam saya pada hari ini. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. InsyaAllah...




No comments:

Post a Comment